PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO) SEKTOR AWAM

  1. Meneraju inisiatif pendigitalan dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan pengalaman rakyat, selamat, efisien, cerdas dan dipercayai.
    1. Memacu hala tuju pendigitalan berdasarkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) di kementerian/jabatan/agensi melalui budaya berpacukan data, berpaksikan rakyat dan reka bentuk perkhidmatan berteraskan keselamatan.
    2. Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital kementerian/jabatan/agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of- Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi memuncul.
    3. Merancang dan menyelaras pelan tindakan keselamatan siber bagi memastikan data dan infrastruktur ICT agensi sentiasa dilindungi dari ancaman dalam dan luar.
    4. Merancang dan menilai keperluan perkhidmatan digital, reka bentuk perkhidmatan dan bajet pembangunan serta bajet mengurus yang diperlukan.
  2. Meneraju perubahan pendigitalan melalui penggunaan data dan teknologi selaras dengan dasar/pelan semasa kerajaan.
    1. Merancang dan memastikan pelaksanaan perubahan pendigitalan adalah selaras dengan dasar/pelan semasa Kerajaan yang dijajarkan kepada PSP kementerian/jabatan/agensi.
    2. Mewujudkan persekitaran dan pembudayaan digital di kementerian/jabatan/agensi bagi meningkatkan literasi digital dan pemahaman tentang penggunaan teknologi ke arah memperkasa penyampaian perkhidmatan kerajaan digital.
  3. Menganggotai dan melaporkan pelaksanaan pendigitalan kepada tadbir urus yang berkaitan.
    1. Menganggotai jawatankuasa dengan melaksana peranan berdasarkan terma rujukan jawatankuasa berkaitan mengikut pekeliling yang berkuat kuasa.
    2. Melaporkan pelaksanaan dan status kemajuan transformasi pendigitalan kepada tadbir urus pendigitalan yang berkaitan seperti JPICT kementerian/jabatan/agensi dan Mesyuarat Kerajaan Digital.

📄Surat Edaran Panduan Ketua Pegawai Digital

📄Buku Panduan Ketua Pegawai Digital (CDO)







Copyright © MAMPU 2022